Wednesday, September 29, 2010

Pemuda PAS Desak Felda Akur Keputusan Terbaru Mahkamah,Menangkan Peneroka



Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini yang telah memenangkan sepuluh orang peneroka Felda Sungai Koyan dalam samannya ke atas Felda yang enggan menyerahkan wang tanam semula berjumlah RM 1700 setiap ekar.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abd Halim sebentar tadi.

Beliau turut menyeru agar pihak pentadbiran Felda akur dengan keputusan mahkamah tersebut dan mengakui kesilapan mereka selama ini dalam mengurus harta dan hak yang patut dberi kepada peneroka.

Ustaz Shahril turut membidas tindakan Felda sebelum ini yang tidak mahu mengakui kelemahan mereka dengan mencanangkan kepada peneroka kononnya mereka tewas dalam saman oleh peneroka Felda Kemahang 3 adalah kerana peguam Felda tidak hadir mahkamah ketika perbicaraan.

Kenyataan yang dianggap menghina mahkamah itu lebih menggambarkan sikap angkuh Felda yang tidak mahu menoleh kebelakang untuk bermuhasabah atas kelemahan yang berlaku.

Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap kenyataan angkuh seumpama itu tidak lagi berulang selepas keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini yang sekali lagi memihak kepada peneroka Felda.

Peneroka Felda yang memperjuangkan hak mereka bertahun tahun lamanya untuk mendapatkan caruman tanam semula yang dinafikan pentadbiran Felda menempa sejarah hari ini dengan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan

Hakim Datuk Mariana Yahya hari ini memutuskan peneroka berhak mendapatkan wang tanam semula berjumlah RM 1700 setiap ekar walaupun mereka mengusahakan sendiri ladang mereka dan tidak menyerahkan kembali kepada Felda.

Hakim Datuk Mariana Yahya juga menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

Saudara Hanifa Maidin yang juga Ahlijawatankuasa PAS Pusat bertindak sebagai peguam peneroka berkenaan manakala Felda diwakili Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

www.tukulbesi.blogspot.com

Monday, September 13, 2010

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA DAN HIMPUNAN ANAK PERANTAUAN DAPAT SAMBUTAN

Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang telah berjaya mengadakan rumah terbuka dan anak-anak perantauan di simpang jengka 15, Bandar Pusat Jengka. Lebih 1000 orang tetamu hadir bagi menjayakan program tersebut. Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Pusat telah merasmikan program ini.

Turut berucap ialah Ust Suhaimi Md Saad, Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang,dalam ucapannya beliau menyeru kepada golongan muda terutamanya di dun Jengka supaya melakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang.Katanya " Tiga belas saluran muda di dun jengka, sembilan daripadanya kita menang, menandakan masa depan pas sangat cerah".
 
Beliau turut menyentuh mengapa pas menjadi pilihan utama hari ini.Katanya lagi "Kita muncul disetiap masa dan setiap lapangan menyebabkan pas menjadi pilhan utama hari ini".
Dato' Tuan Ibrahim, Naib Presiden Pas Pusat dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan kepada anak-anak perantauan bahawa mereka adalah sebagai agen perubah.Katanya "Kita agen perubah dalam konteks sosial dan agamanya".

Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Sdr Roslan Zainal (Setiausaha Perhubungan Pas Pahang), Sdr Musannif Abdul Rahman (Bendahari Perhubungan Pas Pahang), Sdr Abdul Majid Hassan (Pengarah JPN Pahang), Sdr Mazlan Mat Yasin (S/U JPN Pahang),Ust Jamaluddin Abdul Rahim (Pengerusi ANAK Negeri Pahang) dan En. Bala Subramaniam (Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang).
 
 Ust Aris Fezul Ismail mengemudi majlis
Ust Suhaimi Md Saad berucap dihadapan anak-anak
perantau
 Ucapan perasmian dan amanat dari 
Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir meraikan
majlis anak perantauan
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir meraikan
majlis anak perantauan
 Tetamu-tetamu memenuhi ruang yang disediakan
Sdr Kamarur Raihan menghiburkan para hadirin 
dengan beberapa buah lagu nasyid
Ust Junaidi Ishak sedang memotong nasi himpit,
beliau adalah Setiausaha DPP Pahang
Inilah menu yang paling laris pada hari tersebut
Tetamu-tetamu sedang mengambil makanan
Dato' tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan
duit raya kepada anak-anak yang hadir ke program tersebut
Unit Amal Kuantan turut bertugas pada hari tersebut
 
(Sumber dari Blog DPPN Pahang

Thursday, September 9, 2010

JABATAN AMAL,PEMUDA PAS KUANTAN, PAYA BESAR, INDERA MAHKOTA DAN NISA' EDAR RISALAH DI TERMINAL BAS KUANTAN

Jabatan Amal Negeri Pahang dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Nisa' Kuantan dua malam berturut-turut turun keTerminal Bas Kuantan untuk mengagihkan makanan, risalah dan air mineral kepada penumpang-penumpang yang akan pulang ke kampung masing-masing.

Program yang dilaksanakan ini mendapat sambutan dan respon yang baik daripada penumpang-penumpang dan driver-driver bas.Program yang bermula pada jam 10.00 malam itu berakhir jam 12.00 pagi.

Pengarah program, Ust Rosli Abdul Jabbar mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemuda pas Kuantan, Paya besar, Indera Mahkota dan Nisa' kerana turut hadir melicinkan perjalanan program ini.
Anggota Amal bertungkus lumus menyusun bekalan yang
akan diedarkan kepada penumpang
Ust Rosli Abdul Jabbar (Pengarah Amal Negeri Pahang)
sedang memberi taklimat kepada petugas
Jentera Amal menunggu giliran bas untuk diedarkan
risalah, makanan dan air mineral
Petugas-petugas sibuk menjalankan tugas masing-masing
Ust Fadhli Ibrahim sedang mengagihkan makanan dan risalah
kepada perantau yang akan pulang ke kampung
En. Aziz Ahmad ( Timb. YDP Indera Mahkota ) turut serta
mengedar bekalan kepada penumpang
En. Solah membacakan doa kepada disalah sebuah bas sebelum
bas bertolak
 Jentera Amal
Bergambar beramai-ramai setelah program selesai

Tuesday, September 7, 2010

PROGRAM SINGGAH SAHUR PAS KAWASAN INDERA MAHKOTA BERJAYA

Alhamdulillah, PAS Kawasan Indera Mahkota telah berjaya mengadakan program 'SINGGAH SAHUR' fasa 1. Sasaran pemberian sumbangan sahur ini adalah Balai Bomba Gebeng, Pondok Polis Gebeng, Pondok Polis Balok dan Balai Polis Beserah.

Program ini disertai oleh YDP IM, Nasrun Amir, YB Beserah Syed Mohammad, KP DPP IM Yusri Ibrahim, Komander Jabatan Amal IM Sheikh Azlan serta AJK PAS Kawasan dan aktivitis parti.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan serta mengeratkan ukhuwah di antara pasukan keselamatan dengan PAS Kawasan Indera Mahkota.

Pihak PAS Kawasan Indera Mahkota merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang, serta para petugas semua. Jazakallah...

demikianlah titipan yang kami lampirkan..

Sumber dari : www.unit-amal-i.m.blogspot.com

Monday, September 6, 2010

PEMUDA KUANTAN EDAR RISALAH BANTAH SAMAN EKOR

Sdr Hj Nawi Abdullah sedang mengedar risalah di bazar Ramadhan
berhampiran masjid negeri
 
3 Sept 2010 -Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengambil inisiatif dengan mengedar risalah membantah saman ekor di sekitar Bandar Kuantan. Jentera pemuda dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengagihkan risalah termasuk di masjid Permatang Badak, Masjid Sungai Isap 1,Masjid Al-Falah Sg Isap dan masjid Sultan Ahmad

"Hj Nawi Abdullah, Pengarah Program berkata "Risalah yang diedar ini mendapat respon yang begitu baik sekali dikalangan masyarakat setempat yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan hari ini ".
|

PEMUDA PAS KUANTAN TURUN PADANG EDAR RISALAH DAN BUAH KURMA SEBELAH MASJID NEGERI

Ust Fadhli Ibrahim (Baju melayu) di iringi oleh S/usaha DPP Kawasan
Sdr Muaz Razak (Vest Hitam) untuk mengedarkan risalah

Menyantuni kaum hawa yang majoritinya hadir setiap hari
ke padang tersebut
 
Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah turun padang dengan menyantuni orang ramai yang berada di padang MPK bersebelahan dengan gerai bazar ramadhan dan masjid negeri.

Sdr Muaz Razak, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan berkata "Kami pecahkan beberapa kumpulan supaya dapat diagihkan risalah dan buah kurma dengan lebih cepat. Ini adalah misi pertama kami dan Insyaallah Pemuda Pas Kuantan bersama Unit Amal Negeri Pahang dan kerjasama dari Pemuda Pas dari kawasan yang lain akan mengedarkan juadah untuk berbuka dan kad raya kepada mereka yang bermusafir ke destinasi yang tertentu".

Ust Fadhli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan berkata " InsyaAllah bukan hanya bulan puasa sahaja kita akan turun bertemu masyarakat,bahkan kedepan ini kita akan lebih kerap untuk turun menyantuni masalah pemuda-pemuda dan masyarakat. Sebelum dari ini kita juga pernah turun ke Taman Esplanade dengan mengedar makanan,minuman dan risalah anti zina, ianya akan diteruskan ".

Friday, September 3, 2010

SEJARAH PENUBUHAN UNIT AMAL

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu  yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. 
 
Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.  Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan. Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005. 

Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.  Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP. 

Bermula Februari 2006, Unit Amal dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.